Overblog
Editer l'article Suivre ce blog Administration + Créer mon blog

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

25 Avril 2017 Publié dans #General

Resepi Ayam Masak Merah memang menjadi satu masakan turun temurun yang digunakan untuk berniaga ataupun acara kenduri. Satu resepi ayam masak merah yang sedap boleh lihat di link tersebut. Tapi disini saya kongsi cara lain. Cara membuatnya simple dan tak guna banyak bahan.

Bahan-Bahan
1 kg ayam dibelah 12
125 g kismis hitam
250 ml sos tomato
6 sudu besar minyak
1 cm lengkuas
4 kuntum bunga cengkih
2 sudu kecil bijan digoreng tanpa minyak
1 tangkai daun pudina
1 cm kulit kayu manis
4 biji pelaga
125 ml air
3 sudu besar madu
1 batang serai dititik
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
2 ulas bawang putih
2 cm halia
10 ulas bawang merah
1 batang serai
15 tangkai cili kering

Cara buat:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
Setelah wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.

Sila mencuba masak ayam merah. Resepi ayam masak merah ini diambil dari Blog Gerald Delo. Selamat mencuba

Partager cet article
Repost0
Pour être informé des derniers articles, inscrivez vous :
Commenter cet article
K
nampak sedap resepi ayam ni, mohon share ye admin
Répondre